QJMotor SRV600V dengan Enjin V-Empat Dilancarkan di Malaysia

Motosikal jalanan berenjin V-Empat (empat silinder dalam format “V”) jarang ditemui, dan biasanya hanya terhad kepada model yang paling teratas dan mahal, sedangkan pernah wujud V-Empat kelas pertengahan pada pertengahan abad 80-an . Nampaknya QJMotor akan membawa kita ke era itu sekali lagi dengan QJMotor SRV600V yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia.

SRV600V hadir dalam bentuk power cruiser, dilengkapi dengan tayar lebar dan rekabentuk yang gagah.

Ciri-ciri utama
  • Enjin V-Empat, penyejuk cecair, DOHC, 561cc yang menghasilkan 67 hp pada 10,500 RPM dan 54 Nm pada 8,000 RPM.
  • Gas ekzos dikeluarkan melalui empat paip ekzos – dua di setiap sisi motorsikal.

  • Kuasa enjin dihantar melalui transmisi 6-kelajuan.
  • Roda depan dan belakang 16 inci, dengan tayar 130/90 (depan) dan 180/65 (belakang).
  • Gantungan depan terdiri daripada garpu terbalik Marzocchi, manakala belakang disokong oleh sepasang penyerap hentakan.

  • Brek depan menggunakan dua cakera 300mm, dan cakera 260mm di belakang.
  • Tangki minyak 16.5 liter.
  • Ketinggian tempat duduk 720 mm.

  • QJMotor menyenaraikan berat 219 kg tetapi tidak menyatakan sama ada berat kering atau basah.
  • Skrin TFT dengan sambungan Bluetooth ke telefon pintar penunggang melalui aplikasi Carbit Ride.

Harga QJMotor SRV600V ialah RM33,888 (bukan atas jalan). Terdapat tiga pilihan warna: Silver, Sky Black, dan Night Black.