CFMOTO 675NK Dilancarkan, Dari RM33,888
Versi naked CFMOTO 675NK telah dilancarkan di Malaysia, selepas pelancaran motosikal sportbike CFMOTO 675 SR-R. Pelancaran ini telah berlangsung semasa Majlis Perasmian Pembukaan CFMOTO Flagship Store oleh Men Huat Motors Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak.
Ciri-ciri utama CFMOTO 675NK
- Enjin 675cc, tiga silinder, 4-lejang, DOHC, penyejukan cecair yang menghasilkan 94 hp (70kW) pada 11,000 RPM dan tork 70Nm pada 8,250 RPM.
- Spesifikasi enjin ialah seperti gerek dan lejang 72mm x 55.2mm, nisbah mampatan 11.5:1, dengan suntikan bahan api Bosch EFI.
- Kuasa enjin dihantar melalui klac slipper ke transmisi 6-kelajuan.
- Quickshifter merupakan ciri standard.
- Kerangka tiub besi.
- Sistem suspensi terdiri daripada fork terbalik 41mm boleh laras sepenuhnya di bahagian hadapan, dan monoshok di bahagian belakang.
- Sistem brek menggunakan komponen J.Juan, termasuk dua cakera 300mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan satu cakera 240mm di belakang.
- ABS dwi-saluran merupakan peralatan standard.
- Roda diperbuat daripada aluminium ringan, dilengkapi tayar CST bersaiz 120/70-R17 (depan) dan 180/55-R17 (belakang).
- Ketinggian pelana penunggang 810 mm, panjang 2020 mm, lebar 849 mm, tinggi 1155 mm, jarak roda 1400 mm.
- Tangki minyak 15 liter.
- Keberatan 189 kg.
- Panel meter TFT dengan sambungan melalui CFMOTO Ride App.
- Ciri-ciri elektronik termasuk kawalan cengkaman tayar (TCS) dua tahap, dan Sistem Pemantauan Takanan Udara Tayar (TPMS).
- Pencahayaan LED sepenuhnya.
- Port pengecas Type-A and Type-C.
Harga jualan yang disyorkan untuk CFMOTO 675NK ialah RM33,888 (bukan atas jalan) dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Glacier White and Tundra Grey. Pembeli boleh menikmati waranti 2 tahun tanpa had kilometer, serta akses untuk membeli alat ganti asli secara dalam talian melalui CFMOTO Malaysia.
Galeri foto