Warna Edisi Khas untuk Honda X-ADV (2026)
Honda X-ADV (2026) akan hadir dengan satu warna edisi khas. Honda juga telah mengumumkan warna baharu untuk Forza 750, tetapi kami akan tumpukan perhatian kepada X-ADV kerana Forza 750 sudah tidak lagi dijual di Malaysia.
X-ADV akan mendapat warna edisi khas Matt Pearl Glare White dengan grafik merah dan biru yang terinspirasi dari motosikal adventure Honda Africa Twin dan Transalp. Warna ini menyertai pilihan warna sedia ada seperti Graphite Black, Matt Deep Mud Gray, dan Pearl Glare White.
Dari segi mekanikal, X-ADV kekal tidak berubah—itu bukanlah satu perkara buruk. Mengekalkan spesifikasi yang sambil mengemas kini atau menggantinya beberapa tahun kemudian membolehkan sesuatu modelmotosikal matang daripada segi ketersediaan alat ganti, kemudahan penyelenggaraan, dan nilai jual semula.
Enjinnya masih menggunakan 745cc parallel-twin yang berkuasa, dipadankan dengan Dual Clutch Transmission (DCT) yang telah dikemas kini sejak model MY2025. Sistem suspensi kekal dengan fork 41mm upside-down di depan dan sistem suspensi Honda Pro-Link di belakang. Brek depan kekal menggunakan dua cakera dengan kaliper empat piston.
Honda juga mempromosikan kelestarian dengan X-ADV. Bahagian badan (termasuk Forza 750) menggunakan plastik kitar semula dan berasaskan biojisim seperti Durabio, bahan berasaskan tumbuhan yang tidak memerlukan cat, sekaligus mengurangkan jejak alam sekitar semasa pengeluaran. Ini adalah sebahagian daripada usaha Honda untuk menggunakan hanya bahan mampan menjelang 2050.