Honda CRF250 Rally (2025) Bakal Tiba di Malaysia

Honda CRF250 Rally (2025) bakal tiba di Malaysia dan akan boleh didapati mulai akhir Ogos dengan harga jualan RM28,599.

CRF250 Rally telah lama berada di pasaran, dan merupakan model terkecil dalam barisan motosikal dwi-fungsi/kembara CRF. Berteraskan falsafah kebolehpercayaan, kemudahan capaian dan kepraktisan yang dipegang pengeluar, CRF250 Rally telah mendapat sambutan menggalakkan di seluruh dunia. Justeru Honda melakukan kemaskini kecil setiap tahun kerana pertama: tidak mengubah apa yang sudah baik, dan kedua: memastikan alat ganti sentiasa boleh diperoleh.

Ciri-ciri Honda CRF250 Rally (2025)
  • Mempamerkan grafik gaya rali di kedua-dua sisi, diperkukuh lagi dengan warna badan berbilang nada serta tempat duduk berwarna biru gelap (diinspirasi oleh gaya Africa Twin klasik).
  • Dikuasakan oleh enjin 250cc, satu silinder, empat lejang, penyejuk cecair, DOHC, dan empat injap.

  • Kuasa enjin disalurkan melalui klac jenis ‘slipper’ dan ‘assist’, seterusnya ke transmisi enam kelajuan.
  • Menghasilkan kuasa maksimum 24.5 hp (18.3 kW) pada 9,000 RPM dan tork maksimum 21.9 Nm pada 6,500 RPM.

  • Honda telah mengemaskini enjin untuk pengurusan dan penyingkiran haba yang lebih baik.
  • It produces a maximum power of 24.5 hp (18.3 kW) at 9,000 RPM and a maximum torque of 21.9 Nm at 6,500 RPM.

  • Suspensi hadapan terdiri daripada fork terbalik Showa.
  • Suspensi belakang menggunakan sistem monoshock tunggal Pro-Link dan pautan Honda.

  • Sistem ABS dwi-saluran disertakan sebagai peralatan standard.
  • Lengan ayun baru yang lebih ringan sebanyak 5 kg.

  • Lampu hadapan LED dwi-kanta dikekalkan
  • Tangki bahan api berkapasiti 12.8 liter.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km, mengikut mana yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik https://hondabigbike.com.my/model/crf250-rally/ atau https://boonsiewhonda.com.my/product/crf250-rally/ dan lawati cawangan Honda BigWing atau Honda Impian X yang berhampiran dengan anda. Pelanggan juga boleh menghubungi mereka melalui nombor talian bebas tol di 1-800-88-3993.

Galeri foto